Header Ads

Rakyat kecewa dengan Suhakam



JELI - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diharap lebih adil dan melihat kepada keseimbangan yang sepatutnya berlaku dalam negara.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Jeli, Mohd Hatta Zakaria berkata, tindakan Suhakam yang akan terus menekan kerajaan meratifikasi ICERD amat mengecewakan.

Loading...


"Rakyat pastinya kecewa dengan keputusan Suhakam itu selepas mereka menyatakan bantahan sekerasnya pada Himpunan Bantah ICERD Sabtu lalu.

"Sebagai badan yang menguruskan hak asasi manusia di negara ini, Suhakam tidak sepatutnya melihat kepada isu terpencil yang melibatkan kumpulan minoriti sahaja," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Mohd Hatta berkata, Suhakam sepatutnya turut peka dengan hak asasi bagi kumpulan majoriti.

"Hak kumpulan majoriti ini juga harus dihormati dan ditunaikan kerajaan supaya undang- undang luar seperti ICERD tidak dibawa ke negara ini," katanya.

Tambahnya, badan berkenaan juga sepatutnya terbuka dalam semua isu yang melibatkan hak asasi manusia di negara ini.


"Jangan kerana Suhakam berada di pihak kerajaan, menyebabkan mereka mahu akur satu persatu arahan dikeluarkan pihak terlibat," katanya.

-sinar harian

No comments


Loading...