Header Ads

Peserta himpunan kata ICERD strategi Zionist


SEMALAM salah seorang makcik peserta himpunan ICERD dilihat terkial-kial dan tidak faham kenapa beliau menyertai himpunan itu di Kuala Lumpur.

Satu lagi video tersebar luas di media sosial menyaksikan salah seorang pakcik memberi pendapatnya berhubung ICERD.


Loading...

Ditanya mengenai apa yang beliau faham tentang ICERD ketika perhimpunan semalam, pakcik ini kata apa yang dia tahu ICERD adalah strategi Zionist, dan semua negara-negara yang telah melaksanakan ICERD telah dikawal oleh Zionist.

"ICERD ini Zionist's strategy lah I know, all the states yang dah implemented ICERD controlled by Zionist, itu generally itu sahaja," katanya.

Selepas banyak temubual dijalankan terhadap peserta-peserta himpunan ICERD, nampaknya kebanyakan mereka langsung tidak faham kenapa mereka berhimpun.

Kalau kita lihat pakcik ini, kelihatan agak educated (dari segi beliau berbahasa Inggeris mengeluarkan pendapat). Namun orang yang "educated" seperti ini pun nampaknya keliru dengan apa sebenarnya isu ICERD.

Tapi walaupun keliru, masih tetap semangatnya berkobar-kobar untuk turun berhimpun.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata ICERD diilhamkan oleh Freemason dan Zionist untuk menundukkan segala bangsa dalam dunia ini supaya tidak beragama dan tidak berakhlak. 

Di bawah ini rakaman video tersebut, sila klik untuk menonton.


Sumber: Milo Suam

No comments


Loading...