Header Ads

Perlu isytihar walaupun tiada harta: Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media mengenai Perhimpunan Agung Bersatu di Ibu Pejabat Bersatu hari ini. - Foto Bernama


PETALING JAYA - “Isytiharlah walaupun tiada harta”. Demikian nasihat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ahli Parlimen termasuk dari Pakatan Harapan yang masih belum mengisytiharkan harta kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Loading...


Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, isu ini akan selesai jika mana-mana individu yang belum  mengisytiharkan harta, berbuat demikian seperti yang diminta dan ditetapkan.


“Bagi saya sendiri, ia sudah selesai (diisytiharkan). Ikutlah jadual yang ditetapkan. Nasihat saya, buatlah  walaupun kosong. Senang, letak sahaja tiada harta,” katanya dalam sidang akhbar parti Bersatu di sini hari ini.


Turut hadir setiausaha agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dan Setiausaha Kerja Bersatu Pusat Kapten (B), Muhamad Suhaimi Yahya.  - Bernama

No comments


Loading...