Header Ads

Nurul Izzah masih lagi diperlukan.



PASIR MAS - Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar masih lagi diperlukan oleh PKR selepas beliau membuat keputusan mengejut untuk melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Pulau Pinang.

Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Datuk Muhamad Azmi Alwi berkata, khidmat Nurul Izzah amat diperlukan bagi memperkukuhkan kedudukan parti dan PH untuk terus mentadbir negara pada masa depan.

Loading...


"Sejujurnya, saya terkejut dengan keputusan yang telah diumumkan oleh beliau dan ia merugikan parti serta Pulau Pinang.

"Saya mewakili keseluruhan pemimpin dan ahli di Cadang Pasir Mas berharap Nurul Izzah menarik balik keputusan tersebut demi 'survival' PKR serta PH," katanya.

Menurutnya, hal ini kerana seluruh ahli di peringkat akar umbi memberikan mandat kepada Nurul Izzah untuk menggalas tugas sebagai Naib Presiden PKR.

Katanya, Nurul Izzah merupakan pemimpin berjiwa besar dan banyak berkorban begitu lama dengan parti.

"Ketiadaan Nurul Izzah adalah satu kehilangan besar untuk parti kerana kita tidak banyak pemimpin wanita secekalnya dalam agenda memartabatkan bangsa negara.


"Oleh itu, kita harap Nurul Izzah dapat mempertimbangkan permohonan kami ini, kerana khidmatnya masih diperlukan," katanya .

-sinar harian

No comments


Loading...