Header Ads

Naib Presiden Bersatu didesak letak jawatan


SHAH ALAM - Selepas dibidas pelbagai pihak kini Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman didesak agar melepaskan jawatannya pula.

Desakan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berikutan tindakan Abdul Rashid menempelak pihak yang membantah gesaan perwakilan agar kerajaan memberikan jawatan dan kontrak supaya parti itu dapat mengekalkan kuasa semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu semalam.

Loading...

Maria berkata, Abdul Rashid wajar meletak jawatan dan menyifatkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai sebarang perbezaan dalam ideologi berpolitik.

“Tolong letak jawatan dan jangan memalukan ERC (Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya) dan Malaysia Baru.

“Apa beza diantara anda dan Najib. Tq (terima kasih) Syed Sadiq (Ketua Pemuda Bersatu, Syed Sadiq Syed Abd Rahman) dan Parti Amanah yang menentang budaya buruk ini,” katanya dalam perkongsiannya di Twitternya hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq mengecam beberapa perwakilan yang menjadikan isu pemberian kontrak dan jawatan sebagai tajuk perbahasan semalam.

Sambil menyifatkannya tidak masuk akal, Syed Sadiq berkata, terdapat seorang perwakilan tanpa segan silu secara terbuka menyebut terdapat menteri menjanjikan projek.

"Perwakilan Wilayah Persekutuan tadi, sampai berani sebut menteri yang menjanjikan (kontrak).


"Bayangkan itu boleh jadi kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mana boleh, janji (kontrak) pergi jumpa menteri. Perhimpunan Umno pun tak berani bincang ini (kontrak), mana maruah kita," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Bersatu.

-sinar harian

Loading...