Header Ads

Nahas di Sri Aman , tujuh cedera



SRI AMAN – Tujuh cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van, yang dinaiki enam orang dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Triton, dengan seorang pemandu, di Temudok, di sini pagi ini.

Loading...

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung dari arah bertentangan di depan pejabat Naim Gamuda Temudok, Sri Aman kira-kira pukul 8.20 pagi ini.

Beliau berkata, komander operasi melaporkan ketika pasukan bomba sampai di lokasi kemalangan didapati semua mangsa telah dikeluarkan sebelum pihak Bomba sampai.


Kesemua enam mangsa yang menaiki van itu dihantar ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan EMRS dan Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda dihantar oleh orang awam ke Hospital Sri Aman. - Bernama

No comments


Loading...