Minta jawatan, kontrak, Syed Saddiq kata PPBM ‘bukan Umno’

0
51

PUTRAJAYA 
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan semua anggota parti itu
agar tidak membawa budaya meminta kontrak perniagaan dan jawatan ke dalam parti
berkenaan.
Beliau menegur beberapa perwakilan yang kerap membangkitkan
isu kontrak dan jawatan, seolah-olah dijadikan fokus utama Perhimpunan Agung
Tahunan (PAT) tahun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Imbas semula apabila kita bermula, menggagaskan
Bersatu. Ingat semula di mana kita pada masa tersebut. Kita tiada jawatan,
tiada harta, tiada kontrak… yang ada semua dilucutkan dan disekat.
“(Sekarang) Sampai boleh kata mana lantikan GLC, saya
tengah tunggu. Rakan-rakan, kita bukan Umno. Nilai semula. Tengok cermin. Di
Perak kita ada satu kerusi. Nak semua benda, GLC nak, jawatan nak, kontrak nak.
Itu sangat bermasalah,” katanya ketika menggulung perbahasan pada PAT
parti itu di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Syed Saddiq yang dilihat agak marah dengan gesaan perwakilan
itu menyifatkan perkara itu sebagai tidak masuk akal.
”Bayangkan, itu boleh jadi kes SPRM (Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia).  Kalau layak, guna
saluran yang betul. Pergi (tengok perhimpunan) 
PKR, DAP,  Amanah. Umno dulupun
tak seberani ini nak bincangkan isu ini di depan khalayak umum! Mana maruah
kita,” katanya.
Gesaan Syed Saddiq itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh
Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman yang berpendapat semua semua ketua
bahagian mesti mendapat aktiviti dan peluang supaya mereka mampu dari segi
kewangan untuk  mempertahankan kedudukan
parti.
“Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook, dengan
apa cara sekalipun kita kena menang. Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita
tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan
begitu saja,” katanya dalam ucapan penggulungannya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamubin
dalam satu sidang media bagi mempertahankan pendirian ketuanya berkata
kenyataan Abd Rashid itu adalah pandangan peribadi dan Armada tetap menolak
perkara seperti itu.
“Armada menyokong sekiranya pemberian kontrak kepada mereka
yang layak, namun kami tak setuju salah guna kuasa kepada mana-mana secara
“direct nego” (perundingan terus), dan 
akan keluar untuk perangi agenda seperti itu dalam parti. Kami tidak akan
teragak-agak untuk melaporkan kesalahan itu kepada pihak berkuasa,” katanya.
Dalam ucapan penggulungannya itu, Syed Saddiq turut
mengingatkan anggota Bersatu agar tidak bermusuhan dengan anggota parti lain.
Katanya anggota Bersatu tidak boleh taksub bermusuhan sampai
ke satu tahap tidak boleh berkawan langsung.
“Tadi ada dua perwakilan yang kata tak boleh beri ruang
atau muka langsung kepada pembangkang. Tak boleh, mereka musuh kita. Memang
mereka musuh politik kita. Tetapi kita perlu insafi dan ingat apa yang kita
janjikan kepada rakyat sebelum ini. Kenapa rakyat memilih kita?.
“ Rakyat pilih kita bukan kerana mereka nak melihat
Pengerusi Bersatu sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mereka tak kisah pengerusi itu
Bersatu, Umno, PKR tetapi mereka nak orang yang berwibawa,” katanya.
Syed Saddiq berkata paling mustahak mereka tidak boleh
taksub bermusuhan sehingga lupa agenda nasional dan negara
“Kalau kita nak hukum empat juta anggota Umno  yang sedia ada, bila saya nak berurusan saya
nak kena tanya ‘Kau ahli mana? Kau ahli Umno? Tak naklah’. Mereka itu saudara
se-Islam kita, mereka juga rakyat Malaysia yang sanggup berdiri tegak apabila
menyanyikan lagu Negaraku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun
yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, berkata peningkatan pembangunan luar
bandar terutamanya melibatkan kemudahan asas rakyat seperti bekalan air dan
elektrik serta jalan raya akan terus menjadi teras utama kerajaan baharu.
“Bila mewarisi kerajaan kleptokrat yang telah perintah
selama 60 tahun, sudah pasti ada kepincangan dan ketirisan. Oleh itu dalam
tempoh dua bulan awal dalam kabinet baharu ini, saya telah melihat semula
polisi dan dasar terdahulu.
“Kita lihat banyak permintaan daripada rakyat dalam
pembinaan rumah. Ada negeri yang membuat permohonan membina rumah melebih kuota
pembinaan yang dibenarkan,” katanya.
Justeru Rina berkata kerajaan dalam proses menyiapkan rumah
prototaip  pada harga yang lebih murah
tanpa menjejaskan kualiti dan saiz rumah agar rakyat mendapat manfaat. —
Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here