Mahkamah beri masa dua bulan kepada Musa

0
40



KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memberi tempoh dua bulan kepada pihak pembelaan yang mewakili bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk membuat permohonan memindahkan kes rasuah berhubung kontrak konsesi balak berjumlah AS$63,293,924  (RM263,460,962.313) ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas peguam Francis Ng Aik Guan memberitahu bahawa  pihaknya  belum membuat keputusan untuk memindahkan kes berkenaan kerana masih menunggu kesemua dokumen berkaitan kes itu diserahkan oleh pihak pendakwaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Mahkamah menetapkan 20 Februari 2019 untuk sebutan semula kes bagi mengetahui perkembangan perkara itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan beberapa dokumen telah diserahkan dan pihaknya memerlukan masa untuk menyerahkan sebahagian lagi dokumen yang berkaitan kepada pihak pembelaan.

Beliau juga memaklumkan pihaknya tidak mempunyai bantahan sekiranya pihak pembelaan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Pada 5 November lepas, bekas Ketua Menteri Sabah itu mengaku tidak bersalah atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri berkenaan berjumlah AS$63,293,924 (RM263,460,962.313).

Bagi kesemua pertuduhan itu, Musa didakwa memperoleh rasuah daripada lapan pemilik syarikat konsesi balak dan dia dituduh melakukan kesalahan itu di lapan institusi kewangan di Hong Kong dan Singapura antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau denda RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here