Header Ads

Kes Muhammad Adib kini jadi kes bunuh

Foto oleh Kosmo! Online

Kes kematian anggota bomba yang cedera parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, diklasifikasikan sebagai kes bunuh.


Loading...
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kes berkenaan kini dikelaskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sebelum ini, kes tersebut dikelaskan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

“Siasatan pada masa kini akan dijalankan di bawah seksyen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti dilapor Kosmo!.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin  mengesahkan bahawa Adib meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi.

Jenazah arwah akan diuruskan di sini pada malam ini di Institut Jantung Negara di sini sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kedah dan dijangka akan dikebumikan selepas solat Zuhur.

Terdahulu, pada 27 November lalu, Muhammad Adib bersama pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah pergi ke kuil berkenaan untuk memadamkan satu kebakaran kereta namun mereka telah diserang oleh sekumpulan perusuh sebelum Muhammad Adib dipukul sehingga mengalami kecederaan parah.

No comments


Loading...