ISA tidak perlu dikembalikan.

0
40



AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikembalikan manakala akta lain yang menggantikannya tidak akan dimansuhkan.

Perkara itu diakui Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Dalam Negeri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Beliau berkata, ISA sudah dimansuhkan sejak 2012 dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berhajat membawanya kembali.

“Ini kerana kita sudah ada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di samping Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) bagi menjaga keselamatannya negara,” katanya pada ucapan penggulungannya sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU kali kedua di Putrajaya, hari ini. 

Muhyiddin mengulangi pendirian kerajaan mahu mengekalkan undang-undang berkenaan berdasarkan cadangan jawatankuasa mengkaji mengenai undang-undang itu.

Katanya, dipersetujui pengekalan undang-undang berkenaan dengan beberapa pindaan yang akan dibuat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Undang-undang itu dipertahankan kerana kita tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan… kumpulan pengganas dan gangster besar berbuat apa saja yang memberi kesan kepada rakyat dan negara,” katanya.

-metro online

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here