Ini alasan mengapa Izzah letak jawatan

0
43

KUALA LUMPUR – Pemangku Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan pertemuan selama dua jam dengan Nurul Izzah malam tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu meletak jawatan selaku naib presiden dan juga pengerusi PKR Pulau Pinang.

“Tindakan beliau itu langsung bukan didorong oleh apa yang disifatkan segelintir pihak berkaitan dengan gejolak yang berlaku dalam PKR… tetapi lebih kepada PH itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Dua puluh tahun mengenali Nurul Izzah, beliau seorang yang mendukung idealisme perjuangan, sangat komited dengan agenda reformasi serta bersungguh-sungguh mahu melihat PH melaksanakan agenda reformasi ke arah kebaikan rakyat. Dengan itu saya hormat keputusan beliau,” katanya.

Saifuddin berkata Nurul Izzah telah memilih jalan terbaik dengan masih kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh agar boleh terus menyuarakan pandangan menerusi Parlimen.
“Berdasarkan situasi politik hari ini yang dianggap menggugat tugas hakiki PH, Nurul Izzah turut melahirkan rasa kekecewaan serta kurang senang dengan apa yang berlaku.

“Kerana itu beliau merasakan sukar dan ada kekangan menyuarakan pendapat jika terus mengekalkan jawatan. Tambahan pula beliau sentiasa dilihat sebagai anak kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim dan ibunya pula Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” kata Saifuddin.

Ditanya mengenai pengganti bagi jawatan yang dilepaskan Nurul Izzah, Saifuddin berkata Nurul Izzah adalah Naib Presiden yang dipilih maka situasi itu perlu dirujuk kepada perlembangaan parti sama ada  kekosongan tersebut boleh diganti secara lantikan oleh presiden parti.

“Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedang bercuti sekarang, saya baru memangku dan diminta oleh presiden untuk menjalankan tugas bagi tempoh sehingga setiausaha agung (baharu) dilantik,” katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata beliau belum menerima surat peletakan jawatan rasmi daripada Nurul Izzah.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan meletak jawatan sebagai naib presiden dan pengerusi PKR Pulau Pinang serta sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here