Header Ads

Berundurlah tuan. Sudah masanya, kata KJ kepada Zahid


Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah tiba masa orang nombor satu parti itu meletakkan jawatan.

Berkongsi laporan berita Sinar Harian 'Hanya PAU yang boleh lucutkan jawatan saya', Khairy berkata Ahmad Zahid perlu mengundurkan diri.

Loading...

“Berundurlah, tuan. Sudah masanya,” tulisnya di Twitter hari ini.

Hari ini, Ahmad Zahid menegaskan hanya Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang boleh melucutkan jawatan yang dipegangya itu dan beliau tidak akan tunduk dengan mana-mana desakan supaya melepaskan jawatan.


Khairy yang tewas kepada Zahid dalam perebutan jawatan presiden Jun lalu telah beberapa kali menunjukkan bantahannya terhadap pendekatan Umno bawah pimpinan Zahid, antaranya kerjasama dengan PAS.

Terbaru, beliau menggesa agar Umno mengadakan pemilihan baru segera di saat seorang demi seorang pemimpin dan wakil rakyat parti itu mengambil langkah untuk keluar parti.

Sehigga kini sejumlah pemimpin dan 16 anggota parlimen Umno telah memutuskan untuk keluar parti itu baru-baru ini.

Khairy menggesa parti itu mengadakan pemilihan parti serta-merta selepas menyaksikan Umno di Sabah lumpuh apabila hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Petang semalam, enam Ahli Parlimen Umno pula menyerahkan surat keluar parti yang berkuat kuasa serta merta.

Umno yang merupakan parti terbesar di Dewan Rakyat sebelum ini - dengan 54 kerusi parlimen - kini tinggal 38 kerusi, di belakang PKR dan DAP.

No comments


Loading...
loading...