Header Ads

Bantuan sara hidup fasa pertama dilaksanakan 28 januari



PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama yang dijangka memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah akan dilaksanakan pada 28 Januari mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum Februari 2019.

Loading...

“Proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima tidak layak kerana mereka bukan daripada golongan B40 memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan. 


“Atas keprihatinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pembayaran BSH 2019 dijangka memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melalui pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah.
“Ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion dan bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, selepas pangkalan data dikemas kini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

“Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah.
“Kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam jangka masa terdekat,” katanya
-Berita harian

No comments


Loading...