Header Ads

3,0000 ahli pelbagai parti sertai AMANAH sepanjang bulan ini



SANDAKAN: Kira-kira 3,000 ahli pelbagai parti termasuk UMNO mendaftar menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sabah sepanjang bulan ini.
Pengerusi AMANAH Negeri Sabah, Haris Alimudin, berkata sebahagian besar kemasukan ahli baharu itu membabitkan empat bahagian iaitu Libaran, Beluran, Kalabakan dan Tawau.

Loading...

“Mereka terdiri bekas ahli UMNO, Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan PKR dengan ada antaranya adalah bekas ketua cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK),” katanya kepada NSTP.
Haris berkata, pihaknya menerima kemasukan sesiapa saja dalam AMANAH dengan terbuka tanpa ditanya dari parti mana atau latar belakang.
Katanya, pihaknya akan meneruskan usaha menambah lagi jumlah ahli AMANAH di Sabah demi pembangunan negeri ini.
“Fokus kami adalah kawasan pedalaman, termasuk Sugut yang akan kami masuk pada bulan depan.

“Kita lihat kawasan bandar sudah dipelopori komponen parti lain dalam Pakatan Harapan (PH). Jadi kami lebih fokus kepada kawasan pedalaman,” katanya. 
-Berita Harian

Loading...