Header Ads

Utusan: Najib pengkhianat negara jika ubah laporan 1MDB


Bekas perdana menteri Najib Razak boleh dianggap sebagai pengkhinat negara jika terbukti beliau mengarahkan pindaan semula laporan jawatankuasa parlimen mengenai 1MDB, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini berkata mereka yang terlibat jika benar-benar berlaku telah melakukan pengkhianatan tertinggi yang mencalar wibawa perkhidmatan awam.

Loading...

“Bagi Awang, sekiranya ia benar-benar berlaku, ini merupakan satu pengkhianatan tertinggi ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat kepada Najib dan para penjawat awam.
“Lebih-lebih lagi sebagai penjawat awam yang termaktub dengan sumpah dan janji perkhidmatan, mereka yang terlibat telah mencalar dan menconteng arang kepada imej perkhidmatan awam,” kata lidah pengarang akhbar itu.




Dua hari lalu, Utusan menerbitkan berita yang menyebut laporan ketua audit negara mengenai 1MDB pada 2016 telah "dipinda" atas arahan perdana menteri ketika itu Najib Razak.
Memetik sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.
"Menurut sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.
"Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.
"Sumber tersebut memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB," lapor akhbar itu.
Hari ini, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengesahkan hal ini dalam suatu kenyataannya.
Katanya, selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho, pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan audit 1MDB.
Ia termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan 1MDB bagi 2014 yang diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib Razak.
Madinah berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry Salleh dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang. - Malaysiakini

No comments


Loading...