Header Ads

Tunjuk ajar kami, Malaysia


Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mahu mempelajari bagaimana Malaysia menangani isu rasuah serta  menyelesaikan keadaan hutang negara yang sangat tinggi buat masa ini.

Jelas Imran, terdapat banyak persamaan yang sedang didepani Pakistan dengan Malaysia dan beliau yakin banyak lagi perkara lain yang boleh dipelajari dari Malaysia, lapor Astro Awani hari ini.


Loading...

“Ketika kami mendapat mandat untuk memimpin Pakistan, kami juga seperti Malaysia berdepan masalah rasuah dan hutang negara. Banyak lagi boleh dikongsikan bagaimana kami boleh menyelesaikan isu ini,” kata Imran dalam sidang media bersama dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di sini pada Rabu.



Imran turut menyuarakan lawatan rasmi ke Malaysia ini juga kerana kagum dengan Tun Dr Mahathir yang berjaya melaksanakan transformasi di Malaysia.

“Kami juga mahu mengetahui bagaimana Malaysia meningkat pendapatan per kapita, meningkatkan pendapatan keluaran dalam negara kasar (KDNK),” kata Imran.

Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad berkata  beliau menyambut baik kunjungan Imran, dan mahu menjadikan Pakistan rakan dialog di ASEAN.

Antara perkara lain yang dibincangkan termasuk amalan pelaburan terus asing, peranan Khazanah Nasional, dan langkah meningkatkan industri pelancongan.

No comments


Loading...