Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk sebutan semula kes

0
35

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi bagi
menghadiri sebutan semula kesnya melibatkan 12 pertuduhan dalam pengubahan wang
haram dan lima pertuduhan kerana gagal membuat pe­nyata tuntutan kepada Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Beliau yang memakai baju kurung berwarna jingga tiba di
mahkamah pada pukul 8.45 pagi turut ditemani suami, Datuk Seri Najib Tun Razak
serta anak lelakinya, Mohd. Nor Ashman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 4 Oktober lalu Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah
selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh dua jurubahasa mahkamah di
hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-12, beliau didakwa
melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu terlibat secara langsung
melalui 227 transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram
berjumlah RM7,097,750 dan dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad miliknya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank
Berhad, cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148, Jalan Ampang di sini
antara 4 Disember 2013 hingga 8 Jun 2017.
Bagi pertuduhan ke-13 hingga 17, Rosmah didakwa telah
melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram iaitu terlibat secara
langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu akti­viti haram
iaitu dengan gagal membuat penyata pendapatan berjumlah RM7,097,750 bagi tahun
2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN.
Beliau didakwa me­lakukan perbuatan itu di bangunan LHDN,
Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim antara 1 Mei 2014 hingga 1
Mei 2018.
Bagi kesemua kesalahan itu, Rosmah didakwa di bawah Seksyen
4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang
memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun
atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO ONLINE

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here