Pemilihan PKR: Jangan dibeli ‘tauke’, pesan Azmin

0
30

Anggota PKR Sarawak yang akan melaksanakan pemilihan parti
minggu ini diingatkan supaya tidak mudah dibeli oleh ‘tauke’, sebaliknya
mempertahankan parti itu yang ditegakkan atas agenda reformasi.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata
anggota parti itu yang akan mengundi boleh diibaratkan turun untuk ‘berperang’
bagi mempertahankan PKR yang wujud bukan untuk individu, kumpulan atau
keluarga, sebaliknya untuk rakyat keseluruhan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita menolak kronisme, nepotisme dan korupsi, kalau inilah
semangat yang ditunjukkan oleh anggota dan pimpinan PKR Sarawak saya percaya
hujung minggu ini kita akan mencipta satu lagi sejarah bahawa orang Sarawak
tidak boleh dibeli oleh tauke-tauke.
“Kita tidak ada wang berjuta-juta ringgit, kita tidak ada
jet peribadi, kita hanya ada semangat dan idealism, jangan mana-mana tauke
merampas perjuangan PKR Sarawak,” katanya dalam ucapan pada majlis makan malam
bersama anggota parti PKR daripada 29 cabang Sarawak di Kuching malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Turut hadir Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian serta beberapa
calon dalam Pasukan Muafakat Keadilan yang dipimpin Mohamed Azmin.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang akan mempertahankan
jawatan Timbalan Presiden berkata anggota parti perlu memilih pemimpin yang
peduli kepada anggota, rakyat, dan sayang kepada Sarawak serta mahu
membangunkan parti itu.
“Jangan bersandarkan kepada tauke, jangan sama sekali main
politik wang dalam pemilihan parti. Saya mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah pun menjalankan siasatan dan
beberapa orang telah pun ditahan.
“Saya mahu SPRM teruskan siasatan bukan sahaja melihat
kepada siapa yang terlibat tetapi siasat siapa dalang. Dalang juga harus dihadapkan
ke muka pengadilan, jangan runtuhkan apa yang telah kita bina selama 20 tahun,
jangan kerana kerakuskan kamu nak letakkan anak kamu, nak letak pakcik kamu nak
letak bapa saudara kamu, nak letak bapa kamu, kamu hina anggota yang lama
berjuang menegakkan keadilan di bumi Kenyalang,” katanya.
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here