Header Ads

Ketua Menteri Sabah mahu agensi kerajaan kembalikan tanah milik rakyat


KOTA MARUDU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mahu semua agensi kerajaan negeri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengembalikan tanah seliaan mereka yang sepatutnya menjadi hak milik penduduk.


Loading...
Katanya, beliau sudah mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk meneliti perkara itu dan jika wujud tanah dalam milikan agensi kerajaan seperti Sawit Kinabalu dan Safoda yang sepatutnya menjadi hak rakyat, maka tanah itu perlu dikembalikan kepada orang kampung.

“Di daerah Kunak pun begitu sehingga orang kampung berdepan dengan masalah tanah. Sawit Kinabalu banyak duit. Apa ertinya Sawit Kinabalu banyak duit tetapi rakyat miskin,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Shafie berkata, agensi kerajaan dan GLC tidak harus menyalahgunakan kuasa dengan mengetepikan hak rakyat.

“Kalau tauke-tauke boleh diberi beribu ekar tanah, takkan 15 ekar tidak dapat diberikan kepada orang kampung untuk buat rumah,” katanya yang menegaskan kerajaan baharu Sabah tidak mahu menyusahkan rakyat sehingga ada kes mengheret penduduk ke mahkamah. - Bernama

No comments


Loading...