Header Ads

Kerajaan Pakatan Harapan guna pendekatan tiga teras baiki ekonomi

Foto FMT

GEORGE TOWN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengguna pakai pendekatan tiga teras dalam usaha membaiki ekonomi negara untuk memberikan keyakinan kepada pelabur dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat.


Loading...
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tiga teras yang diguna pakai oleh kerajaan adalah "pro grow" iaitu rancakkan ekonomi, "pro job" wujudkan peluang perkerjaan dan "pro poor" atasi masalah kemiskinan untuk membina balik negara agar rakyat akan hidup senang dibawah pentadbiran PH.

Katanya, pendekatan itu diguna pakai oleh pentadbiran DAP di Pulau Pinang dengan berjaya sejak 2008 dan ia juga kini diguna pakai untuk membaiki ekonomi negara di peringkat nasional.

"Ketiga-tiga teras pendekatan itu atau secara ringkasnya sektor ekonomi, pendidikan dan kesihatan diguna pakai dalam usaha merangka bajet pertama PH serta juga membaiki ekonomi negara selepas Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP merasmikan Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang yang turut dihadir barisan kepimpinan parti negeri bersama 791 perwakilan negeri. - Bernama

No comments


Loading...