Header Ads

Kementerian Pendidikan lulus 4,525 permohonan pertukaran guru

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan meluluskan sebanyak 4,525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin.


Loading...
Menurutnya, jumlah itu adalah daripada seramai 25,332 guru yang telah membuat permohonan pertukaran yang dibuka sekali setahun menggunakan sistem Module-GTukar dari 18 Februari hingga 25 Mac lepas.

"KPM (Kementerian Pendidikan) memproses kesemua permohonan dengan mengambil kira alasan dikemukakan oleh pemohon berdasarkan wajaran seperti yang ditetapkan dalam Module-GTukar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amin berkata, keputusan terhadap kelulusan pertukaran tersebut dimuktamadkan oleh sebuah Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, alasan tertinggi yang diberi kelulusan ialah kes mengikut pasangan iaitu seramai 1,756 orang (38.81 peratus). - Bernama

No comments


Loading...