Header Ads

'ICERD bukti kerajaan angkuh'

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Foto: Izari Rosli

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melabel kerajaan PH sebagai angkuh kerana mengabaikan sensitiviti di kalangan rakyat berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).


Beliau berkata, ini kerana sehingga hari ini kerajaan dilihat berdolak dalih menyatakan pendirian sebenar sama ada ICERD akan diratifikati atau tidak.


Loading...

“ICERD ini menggambarkan keangkuhan kerajaan pada hari ini yang tidak mahu mengambil kira sensitiviti yang ada di kalangan rakyat dan kenyataan pemimpin PH agak berdolah dalih.


“Kenapa tidak menyatakan secara jelas bahawa kerajaan tidak akan meneruskan hasrat meratifikasi ICERD,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Malah beliau berkata, tujuan kerajaan mahu meratifikasi ICERD turut dipersoalkan walaupun kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan sukar untuk kerajaan melaksanakannya kerana memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.


“Mengapa perlu hanya mengatakan tidak mungkin dilaksanakan kerana tidak ada dua per tiga mejoriti.


“Maknanya jika kerajaan meneruskan ratifikasi ICERD dan kalau sekiranya di masa akan datang PH mendapat mandat dua per tiga, maknanya Malaysia akan terus melaksanakannya dengan melakukan pindaan Perlembagaan,” katanya.


Jadi menurut Asyraf Wajdi, perhimpunan besar melibatkan Umno, Pas dan beberapa NGO pada 8 Disember ini akan tetap diteruskan bagi memastikan kerajaan membuat kata putus berhubung ratifikasi tersebut.



“Kami akan tetap berhimpun. ICERD adalah pengkhianatan terhadap perkara-perkara asas dalam Perlembagaan,” katanya.

No comments


Loading...
loading...