Header Ads

Calon PH PRK DUN Rantau diputuskan selepas pengumuman SPR, kata Mohamad Sabu

Mohamad Sabu (tengah) menjawab soalan pada sidang akhbar sempena Majlis Konvensyen AMANAH negeri Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya USJ7 di sini hari ini. Foto oleh MOHD NAJIB MOHD NOR/Kosmo.

SUBANG JAYA - Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan memutuskan calon daripada parti komponennya bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan status PRK berkenaan.


Loading...
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, PH akan membuat keputusan muktamad selepas pengumuman itu.

"Kami (Amanah dan PH) menunggu pengumuman daripada SPR dan parti komponen yang akan bertanding dalam PRK itu akan diputuskan oleh PH," katanya selepas merasmikan Majlis Konvensyen Amanah Negeri Selangor di sini hari ini.

Mohamad tidak mengulas lanjut berkenaan calon yang layak bertanding dalam PRK tersebut dan menyerahkan segala keputusan muktamad kepada pimpinan PH.

"Seperti kita tahu, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, DUN tersebut sepatutnya diwakili oleh (calon) PKR (Dr S. Streram). Bagaimanapun, PH akan membuat keputusan muktamad (mengenai calon dan parti yang bakal bertanding dalam PRK itu) dan mungkin logo PH dijangka akan digunakan bagi PRK DUN Rantau," tambahnya. - Bernama

No comments


Loading...