Bekas tentera dipenjara 18 tahun, 15 sebatan akibat sumbang mahram

0
30
Foto oleh NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU – Seorang bekas tentera dijatuhi hukuman 18
tahun penjara dengan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas
didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan meliwat anak
perempuan kandungnya dua tahun lepas (2016).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hakim Jailani Rahman kemudiannya menetapkan hukuman 18 tahun
dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan hukuman enam tahun dan lima sebatan
bagi pertuduhan kedua, yang mana diarahkan berjalan serentak bermula tarikh sabitan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada empat anak itu
didakwa melakukan persetubuhan tanpa kerelaan anaknya dengan memasukkan
kemaluannya ke kemaluan mangsa di rumah sewa tertuduh di Taman Pelangi Indah,
Johor Bahru pada pukul 2 pagi, 15 Mac 2016.
Tertuduh yang berusia 44 tahun itu turut mengacukan pedang
samurai di leher mangsa supaya mangsa, ketika itu berusia 17 tahun, tidak
melawan dan mengikut kemahuan tertuduh.
Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 376B
Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun. –
Bernama

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here