Bekas PM bidas jawapan Lim berhubung peruntukan luar bandar

0
42



Bekas perdana menteri Najib Razak mengkritik semula jawapan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung peruntukan untuk golongan bumiputera dan luar bandar dalam Belanjawan 2019.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau merujuk kenyataan Lim hari ini yang berkata penurunan dalam perbelanjaan mengurus Majlis Amanah Rakyat (Mara) ekoran RM2 bilion peruntukan untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan dipindahkan ke perbelanjaan pembangunan.

“Hakikatnya, jumlah peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan Mara kekal berada di tahap RM3.7 bilion pada 2019,” kata Lim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun Najib berkata beliau tidak memberikan penjelasan sepenuhnya tentang perkara itu kerana ia tetap merupakan potongan RM500 juta berbanding RM2.5 bilion dalam Belanjawan 2018 oleh BN.
Ini dia tidak nyatakan pula, aneh,” katanya menerusi Facebook.
Najib juga mengulas jawapan Lim berhubung tambahan peruntukan daripada RM160 juta kepada RM260 juta untuk Felda bagi menaiktaraf jalan dan bekalan air di penempatan Felda.
Najib mengakui peningkatan itu tetapi mendakwa peruntukan-peruntukan lain Felda yang pernah diberikan BN tiada lagi dalam Belanjawan 2019.
“Belanjawan 2018 memberi RM60 juta untuk tanaman semula sawit, RM164 juta untuk membina 5,000 Rumah Generasi Kedua Felda dan insentif khas RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka melibatkan peruntukan RM474.78 juta.

“Ini semua hilang dalam Belanjawan 2019 ketika harga sawit dan getah sangat rendah,” katanya lagi.
“Bayaran BR1M yang kebanyakannya diberi kepada masyarakat luar bandar pun sudah dikurang atau dimansuhkan.
“Ini semua ditulis secara hitam putih di dalam belanjawan 2019, menteri kewangan masih mahu menafikannya?” soalnya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here