Header Ads

Azmin Ali pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR?


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan jawatan tersebut selepas menewaskan pencabarnya Rafizi Ramli dalam pemilihan parti dengan majoriti 3,956 undi.

Setiausaha Politik Mohamed Azmin, Muhammad Hilman Idham ketika dihubungi Sinar Harian menyatakan jumlah tersebut berdasarkan kepada keputusan akhir tidak rasmi selepas proses pengundian di 16 Cabang seperti Pensiangan, Tawau, Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Jasin dan Jelebu berakhir.


Loading...

"Alhamdulillah dan syukur. Terima kasih kepada semua anggota KEADILAN yang bersama membingkai muafakat untuk meneruskan agenda reformasi tulen," kata Mohamed Azmin menerusi hantaran di twitter hari ini.




 "Alhamdulillah, Datuk Seri menang dengan majoriti kira-kira 3,956 undi dan pemilihan di semua cabang telah selesai," kata setiausaha politik Azmin lagi.

Katanya, calon Wanita PKR dimenangi oleh Haniza Mohamed Talha dengan majoriti 3,607 undi.

"Selain itu bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimenangi Dr Afif Bahardin dengan majoriti 314 undi juga berdasarkan kepada keputusan akhir tidak rasmi," katanya lagi.

No comments


Loading...
loading...