Header Ads

Anwar sah Presiden PKR, Azmin kekal timbalan tewaskan Rafizi


Seperti dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sah sebagai Presiden PKR yang baharu bagi penggal 2018-2021.

Sementara Timbalan Presiden parti dimenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menewakan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, lapor Astro Awani hari ini.


Loading...
Senarai barisan kepimpinan tertinggi Majlis Pimpinan Pusat bagi penggal 2018-2021 itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat JPP Datuk Rashid Din.

Manakala Naib Presiden PKR pula Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar, Nurul Izzah Anwar dan Zuraida Kamaruddin.

Pemilihan PKR mula berlangsung pada September lalu.

Ini merupakan pemilihan pertama kali yang diadakan selepas PKR membentuk kerajaan di bawah payung Pakatan Harapan.

Bagi pemilihan kali ini sebanyak 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan lagi membabitkan persaingan di peringkat cabang.

Semalam Haniza Mohd Talha diumumkan sebagai Ketua Wanita menggantikan Zuraida Kamaruddin.

Manakala Akmal Nasrullah Mohd Nasir dipilih sebagai Ketua AMK baharu, menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad.

No comments


Loading...