4.03 juta saman AES berjumlah RM605 juta dibatalkan

0
47

CYBERJAYA – Semua 4.03 juta saman Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang belum dibayar sejak 2012 sehingga 31 Ogos lalu telah
dibatalkan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, berdasarkan Pusat Data Bahagian Teknologi
Digital, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bayaran saman AES bagi kesalahan had
laju dan langgar lampu isyarat yang dikeluarkan sebelum 1 September lalu adalah
berjumlah RM605 juta.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya telah mendapat kepastian daripada pihak pengurusan
pusat data ini bahawa semua saman telah diputihkan daripada sistem. Ini
bermaksud apa-apa saman AES sebelum 1 September lalu sudah tiada lagi dalam
data,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Data Bahagian
Teknologi Digital JPJ, di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 60,444 saman AES atas
kesalahan melanggar had laju telah dikeluarkan sejak 1 September lepas sehingga
8 November lalu namun hanya 1,711 saman yang dijelaskan.
Bagi tempoh yang sama untuk kesalahan melanggar lampu
isyarat pula, beliau berkata, sebanyak 4,575 saman AES telah dikeluarkan namun
hanya 167 saman telah dibayar. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here