SPRM tahan pengarah urusan dan 6 pegawai eksekutif

0
42

Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ dan enam pegawai
eksekutif syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Johor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja
penyelenggaraan jalan kampung di sekitar negeri ini.
Menurut sumber, kesemua suspek telah membuat tuntutan palsu
berkaitan kerja-kerja tersebut dari tahun 2014 sehingga sekarang sedangkan
kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
“Jumlah kos penyelenggaraan melibatkan sebanyak RM50 juta
sehingga RM70 juta setahun,” kata sumber itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kesemua suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan dua
wanita itu, berusia antara 30-an dan 60-an dan daripada syarikat yang sama
ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 9 malam semalam (8 Okt) dan 9 pagi
tadi.
Menurut sumber, siasatan masih diteruskan bagi mengesan dan
membuktikan syarikat-syarikat lain yang terlibat di sebalik tuntutan ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Anggaran tuntutan palsu untuk tahun ini sahaja RM2 juta.
Bagi tahun-tahun lain, masih dalam siasatan SPRM. Syarikat ini diberikan
kontrak menyelenggarakan jalan-jalan kampung di seluruh Johor.
“Dipercayai kerajaan negeri Johor melalui sebuah anak
syarikatnya mempunyai saham di dalam syarikat ini,” tambah sumber berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau
RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi
mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan tiga suspek telah direman hari
ini dan tiga lagi suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk permohonan
reman bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kes itu yang melibatkan projek pembinaan dan penyelenggaraan
jalan kampung yang sepatutnya menjadi kepentingan masyarakat luar bandar,
dilihat sebagai sesuatu yang SPRM tidak akan berkompromi dengan tindakan
kakitangan syarikat tersebut yang membelakangkan kepentingan awam.
“Anggaran keseluruhan wang tunai yang disita adalah melebihi
RM800,000,” tambah beliau serta menambah tidak menolak kemungkinan akan ada
lagi tangkapan ke atas individu lain yang terlibat.
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here