Polis perlu lakukan ujian DNA untuk pastikan mayat adalah Amir Hamzah

0
32
DNA daripada ibu Amir Hamzah sudah diserahkan kepada pihak
hospital untuk dijalankan padanan. – Foto Kosmo Online

SHAH ALAM – Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner
Baharudin Mat Taib memaklumkan pihaknya perlu menjalankan ujian DNA bagi
mengesahkan mayat yang ditemui di Sungai Kandis, di sini, semalam adalah Amir
Hamzah Mohd. Rozali.
Menurutnya, ujian tersebut perlu dijalankan memandangkan
mayat lelaki yang ditemui tengah hari semalam tanpa sebarang identiti dan tidak
boleh dikenal pasti melalui bentuk fizikal, lapor Kosmo Online.
“Berdasarkan keadaan mangsa dipercayai telah meninggal
kira-kira empat hingga lima hari lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah bedah siasat yang dijalankan juga mendapati
tiada unsur jenayah.
“Saya difahamkan, DNA daripada ibu Amir Hamzah sudah
diserahkan kepada pihak hospital untuk dijalankan padanan,” katanya ketika
dihubungi di sini sebentar tadi.
Baharuddin berkata, kes itu sehingga kini diklasifikasikan
sebagai kematian mengejut (SDR).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya memahami perasaan waris namun beri peluang kepada
pihak polis untuk menjalankan siasatan sewajarnya bagi kepentingan semua pihak
pada masa akan datang,” ujarnya.
Amir Hamzah yang juga seorang pelajar institusi pengajian
tinggi swasta dipercayai hilang ssmentara 
motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggangnya ditemui di lokasi kemalangan
maut di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Jumaat lalu.
Kehilangan mangsa, Amir Hamzah Mohd. Rozali, 22, disedari
abangnya, Mohamad Khairul ­Anuar selepas adiknya yang belajar di Kolej
Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Taman Maluri di ibu negara gagal
dihubungi sejak 12 Oktober lalu.
Sebaliknya lebih mengejutkan, Mohamad Khairul dan keluarga
apabila mereka menerima panggilan daripada pihak polis Sabtu lalu yang
mengatakan motosikal yang ditunggang Amir Hamzah dijumpai di lokasi kemalangan
dua maut dan sembilan cedera membabitkan empat kenderaan.
Bagaimanapun, kelibat atau tubuh Amir Hamzah tidak pula
ditemui di situ.
Terdahulu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya
menerima panggilan berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 12.17
tengah hari semalam.
“Mayat berkenaan dijumpai oleh penjaga perangkap sampah
berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
“Mayat seorang lelaki yang identiti tidak dapat dikenal
pasti itu  kemudiannya diserahkan kepada
pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here