Kanak-kanak 14 bulan meninggal dunia akibat difteria

0
29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan disahkan
meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di daerah ini, dua hari
lepas.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di
sini hari ini berkata kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi
difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam dan sakit tekak
pada 4 Okt dan telah dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan awal di klinik
swasta pada 11 Okt.
“Keesokan harinya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke unit
kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit
dimasukkan ke wad kanak-kanak dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi
pediatrik pada 13 Okt kerana keadaan semakin lemah dan memerlukan bantuan
pernafasan,” kata kementerian itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut KKM, kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 15
Okt akibat mengalami difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.
“Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit
menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak
kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal,” tambah KKM.
Penyakit difteria merupakan jangkitan kuman bakteria Corynebacterium
diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak
(farinks/kerongkong), dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan
endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.
Bagi membendung penularan jangkitan ini adalah termasuk
pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian
imunisasi, dan pendidikan kesihatan.
Sehingga hari ini, tiada kes baharu dilaporkan kepada
kementerian ini.
Justeru, KKM ingin menasihati orang awam agar sentiasa
berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi
seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain.
“Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik
kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada
kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan
kuman malahan boleh membahayakan komuniti,” tambah kementerian itu.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang masih belum memberikan
imunisasi kepada anak-anak mereka dinasihatkan tampil untuk mendapatkan
imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagi kanak–kanak yang telah tercicir suntikan, mereka masih
boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan terdekat.
-Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here