Ini dokumen lengkap reformasi negara – Dr M

0
47
YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Bersama Pimpinan Kerajaan
PAKATAN HARAPAN Menuju Masuk Ke Dalam Parlimen Bagi Pembentangan Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Ke -11.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)
(2016-2020), yang disifatkannya sebagai dokumen komprehensif dalam
mereformasikan negara dan memastikan agenda pembangunan negara di landasan
terbaik.
Beliau berkata KSP RMK11 yang juga merupakan dokumen dasar
pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak memenangi Pilihanraya Umum pada 9
Mei lepas, mampu memastikan Malaysia mencapai status negara maju dan inklusif
selaras dengan aspirasi Wawasan 2020 – wawasan yang dililhamkannya semasa
membentangkan RMK6 pada 1991.
“Dokumen ini memperlihatkan anjakan pemikiran berkaitan
pembangunan. Kita tidak lagi melihat pembangunan mengikut ​​​​ukuran
pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negara kasar (KDNK) semata-mata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita melihat pembangunan dari aspek peningkatan kuasa
beli rakyat dan pembangunan perlu dinikmati oleh semua rakyat atau ‘shared
prosperity’,” katanya semasa membentangkan usul mengenai KSP RMK11 di Dewan
Rakyat.
Beliau berkata dasar baharu itu akan memastikan tidak wujud
jurang pendapatan yang terlalu lebar antara miskin dan kaya antara kaum dan
suku kaum.
Bebas dari cengkaman politik
“Tidak harus ada golongan yang merasakan mereka
terpinggir dari arus perdana pembangunan. Pembangunan juga tidak boleh
meninggalkan negeri atau wilayah tertentu di belakang,” katanya.
Perdana menteri berkata pembangunan dalam erti kata sebenar
perlu menyumbang kepada pembangunan bangsa Malaysia dan pertumbuhan ekonomi
berterusan serta bebas dari cengkaman politik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata melalui baki pelaksanaan tempoh RMK-11,
kerajaan PH menggariskan keutamaan dan penekanan baharu berkaitan falsafah,
dasar dan strategi pembangunan negara yang diyakini seiring dengan aspirasi
rakyat dan azam kerajaan.
Perdana Menteri berkata dokumen itu juga membuat anjakan dan
penyesuaian ke atas dasar dan strategi jangka sederhana dan menilai pencapaian
dalam tempoh 2016-2017 selain menyemak semula sasaran, strategi dan inisiatif
bagi baki tempoh 2018-2020.
Enam tonggak reformasi tadbir urus
Beliau berkata bagi tempoh dua tahun ini, kerajaan akan
mempergiatkan usaha untuk meningkatkan daya tahan asas ekonomi negara dan
kesejahteraan rakyat dengan keutamaan dan penekanan baharu berasaskan enam
tonggak.
Enam tonggak itu adalah mereformasi tadbir urus ke arah
meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam; memperkukuh pembangunan
inklusif dan kesejahteraan rakyat; menuju ke arah pembangunan wilayah yang
seimbang; memperkasa modal insan; mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui
pertumbuhan hijau; dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi.
Dr Mahathir berkata semua strategi yang dibentangkan itu
semata-mata untuk memperkukuh ekonomi, institusi awam dan tadbir urus kerajaan
dengan harapan dapat menebus maruah negara dan dihormati dunia.
“Apa yang saya bentangkan adalah untuk rakyat. Untuk
semua rakyat dari Perlis hingga Sabah. Untuk orang Melayu, Cina, India, Iban,
Kadazan, Murut dan Orang Asli dan etnik-etnik lain yang semua bernaung di bawah
langit Malaysia.
“Kita mahu Malaysia yang bersatu padu. Kita mahu rakyat
Malaysia berjaya dan menikmati kekayaan negara. Saya mengajak semua rakyat
Malaysia menggalas tanggungjawab ini,” katanya.
Daripada kletokrat menjadi harimau Asia
Perdana Menteri berkata jika semua yang terkandung dalam
dokumen itu dilaksanakan, beliau yakin Malaysia “akan mengaum kembali
sebagai Harimau Asia” dan imej negara akan bertukar dari sebuah negara
kleptokrat kepada sebuah negara demokrasi tulen dengan kerajaan yang bersih,
luhur dan berintegriti.
Katanya, rakyat Malaysia di seluruh pelusuk dunia juga boleh
berbangga untuk memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia.
Dr Mahathir turut menaruh harapan supaya golongan muda yang
menjadi warisan negara dapat mempelajari segala ilmu, mendapatkan segala
kemahiran, perkukuh jati diri, berpegang teguh kepada agama dan nilai murni dan
menolak rasuah sekeras-kerasnya.
“Sebahagian besar generasi saya telah pergi. Kepada
siapa akan kami tinggalkan nasib bangsa dan negara ini, kalau tidak kepada
generasi muda.
“Ayuh, marilah kita semua berganding bahu dan bersatu untuk
mencipta masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” kata Dr Mahathir mengakhiri
ucapannya selama satu jam.
Usul itu kemudiannya disokong oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here