Deepak saman Najib, Rosmah, tuntut ganti rugi lebih RM600 juta

0
36

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Ahli perniagaan, JR Deepak Jaikishan,
memfailkan saman menuntut ganti rugi lebih RM600 juta terhadap bekas perdana
menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri serta dua lagi berhubung dakwaan
tort konspirasi sehingga beliau mengalami kerugian.
Deepak Jaikishan, 46, memfailkan saman itu Jumaat lepas di
Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Haniff Khatri dengan menamakan
Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Boustead Holdings Berhad dan Bakti Wira
Development Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga keempat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut penyataan tuntutan, plaintif mendakwa beliau adalah
bekas pengarah dan pemilik saham majoriti syarikat Astacanggih Sdn Bhd dan
pemilik saham minoriti di syarikat Awan Megah (M) Sdn Bhd manakala Bakti Wira
Development adalah anak syarikat Boustead Holdings.
Beliau mendakwa beliau mengambil tindakan itu untuk  menuntut pelbagai kerugian yang dialaminya
akibat tort konspirasi dan pengaruh tidak wajar semua defendan.
Plaintif mendakwa melalui perjanjian penswastaan pada 8 Jun
2005, Awan Megah memasuki perjanjian dengan kerajaan dan Syarikat Tanah Dan
Harta Sdn Bhd (STH) untuk membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional
(PUSPAHANAS).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Plaintif mendakwa 
pembinaan itu akan dilaksanakan di dua tanah milik kerajaan Selangor di
Kapar, Klang serta di Bukit Raja, dan Awan Megah menawarkan Astacanggih untuk
membeli tanah itu dengan harga RM118,573,500 melalui perjanjian perolehan yang
ditandatangani kedua-dua pihak pada 16 Mei 2007.
Beliau mendakwa, sebagai balasan Astacanggih perlu membayar
deposit RM13 juta kepada Awan Megah.
Katanya  Awan Megah
melalui Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah iaitu Pengarah dan pemilik saham
terbesar Awan Megah  perlu memasuki
Perjanjian Pegangan Saham antara pemegang saham Astacanggih iaitu dengan
plaintif, Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Mohd Shukri Abdullah di mana saham 20
peratus iaitu bernilai RM4 juta akan diberikan kepada Raja Ropiaah di dalam
Astacanggih.
Plaintif mendakwa pada masa itu, Raja Ropiaah merupakan
Ketua Wanita Umno Selangor dan merupakan rakan baik dan/atau proksi dan kroni
kepada Najib dan Rosmah.
Deepak mendakwa, Raja Ropiaah gagal mematuhi perjanjian
perolehan dan gagal memberi geran asal bagi semua tanah itu untuk dipindah
milik kepada Astacanggih menyebabkan tanah itu tidak dapat ditukar hak milik
kepada Astacanggih sehingga kini.
Deepak mendakwa akibat semua daripada konspirasi itu beliau
mengalami kerugian hampir RM510 juta dan 
oleh itu beliau memohon ganti rugi am RM600 juta, teladan RM50 juta,
ganti rugi berpanjangan RM26 juta dan kos serta relif lain yang difikirkan
wajar oleh mahkamah. — Bernama

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here