Dakwaan Umno pindah RM2.5j kepada Pas fitnah

0
30
Ahmad Yakob – Foto Berita Harian



KOTA BHARU – Dakwaan pemindahan RM2.5 juta  daripada Umno kepada Pas dengan sumber wang
itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, yang dimainkan pihak
tertentu mutakhir ini hanya sekadar andaian dan fitnah, kata Timbalan Mursyidul
Am Pas, Datuk Ahmad Yakob.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perbuatan
itu bertujuan untuk menimbulkan suasana yang tidak sihat, apatah lagi Umno kini
seolah-olah tidak mendapat tempat dalam arena politik sekarang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Apa yang saya mahu katakan Pas tidak pernah menerima
bantuan dana daripada Umno. Kita kerja sendiri dan wang diperolehi hasil derma
penyokong. Kalau (dakwa) dapat daripada Umno ia adalah tidak tepat,” katanya
selepas merasmikan Ekspo Tani dan Ekspo Hijau di Dataran Stadium Sultan
Muhammad IV di sini, hari ini.
Ahmad diminta mengulas tindakan Pemuda Amanah Terengganu
yang membuat laporan polis pada Ahad lepas mendesak siasatan segera selepas
tersebarnya salinan transaksi kononnya Umno telah memindahkan sejumlah RM2.5
juta kepada Pas dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang
diseleweng. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here