Ahmad Zahid tolak ikat jamin, kata isteri

0
26

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan
peguamnya bagi membuat permohonan kebenaran untuk diikat jamin supaya tidak
ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis
ketika ditemui pemberita di perkarangan bangunan SPRM.
“Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia (Ahmad
Zahid) akan di sini sampai esok pagi dan dari sini (Ibu Pejabat SPRM) pergi ke
mahkamah (Kuala Lumpur),” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ditanya mengenai perasaannya, Hamidah berkata : “Saya ok”.
“Dulu, masa dia (Ketua) Pemuda Umno, dia ditahan 10 hari (di
bawah ISA),.. jangan bimbang, doakan untuknya,” kata Hamidah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

SPRM hari ini memaklumkan penahanan Ahmad Zahid berhubung
kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana
sebuah yayasan.
Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada
Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Bekas timbalan perdana menteri itu akan dibawa ke Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur esok pada 8.00 pagi untuk menghadapi pertuduhan tersebut.
– Bernama

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here