Tun Mahathir dengar taklimat perkembangan terbaharu Lotus

0
40

LONDON – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi
taklimat tentang rancangan masa depan syarikat Group Lotus yang mengeluarkan
antara kereta sports dan kereta lumba 
termahal dalam sesi tertutup di sini pada Ahad.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Group
Lotus Feng Qingfeng, yang juga Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi Geely
Auto Group.
Semasa taklimat, Mahathir dipercayai berpeluang mengintai
model tiruan Lotus terbaharu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengeluar kereta China Zhejiang Geely Holding Group (Geely)
telah membeli 49.9% saham Proton Holdings Bhd. Malaysia dan 51% saham Lotus
United Kingdom yang kedua-duanya dimiliki oleh konglomerat Malaysia DRB-Hicom tahun
lepas (2017).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahathir adalah bekas Pengerusi Group Lotus dan Proton
Holdings.
Turut menghadiri taklimat taikun Malaysia Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary dan Ketua Pegawai Eksekutrif DRB-Hicom, Datuk Seri Syed
Faisal Albar.
Sejurus tiba di hotel di mana taklimat dijadual berlangsung,
Mahathir juga melihat teksi elektrik baharu London yang dimiliki Geely.
Mahathir tiba di London hampir tengah malam tadi (Sabtu)
untuk meneruskan bahagian kedua lawatannya ke United Kingdom. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here