Tukang emas Dubai tuntut Rosmah pulangkan berlian kuning

0
57
Foto: Malaysiakini

Tukang emas yang berpusat di Dubai menuntut agar barang
kemas berjumlah lebih AS$5 juta yang dikatakan sebelum ini diserahkan kepada
bekas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dipulangkan.
Menurut dokumen yang dilihat Malaysiakini, barang kemas yang
belum dibayar itu diserahkan kepada Rosmah di Kuala Lumpur pada Mac tahun ini.
Barang kemas daripada Adi Hasan AlFardan Jewellery
(AlFardan) itu termasuk seutas rantai mengandungi 56 berlian kuning berbentuk
hati dengan satu batu terbesar seberat 10.7 karat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rantai berkenaan juga dikatakan mengandungi 78 berlian
berwarna yang bersaiz lebih kecil.
Dengan kos pengubahsuaian yang didakwa diminta oleh Rosmah,
rantas berkenaan didakwa bernilai AS$2.248 juta.
Selain daripada itu, tukang kemas itu juga mendakwa
menghantar seutas rantai dan set subang yang juga mengandungi berlian kuning,
bernilai AS$3 juta.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rantai berkenaan dikatakan diperbuat daripada berlian
“cushion cut” berjumlah 112.94 karat manakala subang itu yang juga dibuat
dengan teknik tempaan sama, seberat 17.84 karat.
Menurut Institut Geomologikal Amerika (GIA), berlian kuning
sangat berharga dan sukar diperoleh. Ia dikatakan hanya boleh didapati di
lombong Zimmi di Sierra Leone.
Foto: Malaysiakini

Pada Julai lalu, tukang emas berkenaan, melalui firma guaman
Malaysia, Kandiah Partnership, telah menghantar surat kepada Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh bagi menuntut
pemulangan barang kemas berkenaan.
Surat itu, yang dilihat Malaysiakini menyatakan Rosmah telah
menjelaskan kepada pemilik Alfardan bahawa barangan berkenaan telah disita oleh
pihak berkuasa ketika serbuan di beberapa kediaman yang dikaitkan dengan Najib.
“Pada 20 Jun, anak guam kami (AlFardan) telah datang ke
Malaysia dan berjumpa dengan Rosmah di kediamannya di Kuala Lumpur.
“Dalam perjumpaan itu, Rosmah memaklumkan Adi
(AlFardan) bahawa tiga barang kemas berkenaan antara barangan yang disita polis
dan Rosmah kini tidak boleh membayar barang kemas itu.
“[….] Kami (peguam) telah diberi arahan untuk
membantu anak guam kami menuntut semula barangan itu daripada polis, sekiranya
ia telah disita. Jika ia tidak disita, anak guam kami akan mempertimbangkan
untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Rosmah,” kata surat
berkenaan.
Surat itu meminta agar Amar mengesahkan pihak polis
menyimpan barang kemas yang dimaksudkan.
“Anak guam kami sedia memberi kerjasama dengan polis
untuk mendapatkan semula barang kemas itu yang belum dibayar oleh Rosmah,”
tambah surat itu.
Apabila dihubungi, peguam K Ashok dari Kandiah Partnership
mengesahkan surat berkenaan.
“Saya boleh mengesahkan kewujudan surat itu yang
dikeluarkan firma guaman saya. Dan kami kini dalam proses untuk mengambil
arahan anak guam kami untuk tindakan selanjutnya atau prosiding undang-undang
terhadap Rosmah,” katanya kepada Malaysiakini.
Peguam itu juga mendedahkan bahawa polis telah merespons,
namun tidak menyentuh berhubung perkara yang dibangkitkan mereka.
Malaysiakini sudah menghubungi Amar untuk mendapatkan
ulasan.
Sementara itu, surat berkenaan juga mendakwa Adi AlFardan,
dalam empat kunjungannya ke Malaysia bagi menyerahkan barang kemas kepada
Rosmah, selain untuk menuntut bayaran, sering tidak perlu melalui pemeriksaan
kastam dan imigresen.
“Kebanyakan ketibaannya di Kuala Lumpur, individu yang
mengaku sebagai pegawai khas dari Pejabat Perdana Menteri menunggunya di balai
ketibaan dan mengiringinya melepasi pusat pemeriksaan kastam dan
imigresen,” kata surat itu.
Pada Jun lalu, Global Royalty Trading yang berpusat di
Lubnan memfailkan saman ke atas Rosmah berhubung 44 barang kemas yang terdiri
daripada tiara, rantai berlian, cincin, gelang dan subang yang diserahkan
kepada Rosmah.
Global Royalty mendakwa Rosmah maklum dengan resit konsainan
bertulis, barang kemas itu tidak lagi dalam simpanannya. – Malaysiakini

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here