Header Ads

Nurul Izzah tak minat pegang jawatan kabinet meski Anwar jadi PM

Nurul Izzah - Foto Malay Mail

Anggota Parlimen Permatang Pauh dan anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah berkata beliau tidak berminat memegang sebarang jawatan kabinet sekiranya ayahnya memegang jawatan perdana menteri nanti.

“Ia adalah perkara yang menarik (rombakan kabinet) tetapi saya amat gembira untuk berkhidmat di Permatang Pauh dan menjadi ibu kepada dua anak saya dan seorang rakyat yang cintakan negara," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Jelajah Reformasi 20 tahun Bersama Rafizi Ramli, di Labuan malam tadi.

Loading...


Beliau berkata pengajaran utama yang diperolehnya semasa 20 tahun perjuangan PKR ialah sumbangan masih boleh diberikan walaupun tanpa memegang sebarang jawatan di dalam kerajaan.

“Saya dapati apa yang saya pelajari semasa tahun-tahun berkenaan ialah anda menyumbang tidak kira siapa anda sama ada hanya sebagai tukang sapu sampah di jalan atau eksekutif atasan.

"Saya seorang siswazah kejuruteraan, saya tidak berminat sebarang (jawatan kabinet) dan anak perempuan saya mahu saya menang dalam pilihan raya lepas, itu sudah mencukupi,” katanya.

Beliau berharap mereka yang lain dan berbakat akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk menunaikan janji kepada rakyat.

- Bernama

No comments


Loading...