Header Ads

Hishammuddin keluar UMNO? Ada lagi yang akan keluar, kata Bung Mokhtar

 Bung Mokhtar Radin - Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan antara Ahli Parlimen dari UMNO yang akan meninggalkan parti itu.

Menurut sumber, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya semalam.

Astro AWANI masih mendapatkan pengesahan lanjut daripada Hishammuddin berkenaan perkara tersebut.

Loading...


Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengesahkan akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen dari UMNO akan meninggalkan parti itu.

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan jumlah serta nama Ahli Parlimen UMNO tersebut.

"Memang akan ada lagi Ahli Parlimen yang akan keluar daripada UMNO. Namun, enam Ahli Parlimen UMNO di Sabah akan tetap kekal bersama UMNO," katanya.

Jelas beliau, tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman keluar dari UMNO adalah atas kepentingan dirinya sendiri.

"Kalau kita lihat di Kelantan, UMNO tidak pernah menang untuk menawan negeri itu pada pilihan raya. Tapi Mustapa tetap diberi kedudukan yang baik (sebagai Menteri Kabinet)," ujarnya. - Astro Awani

No comments


Loading...