Header Ads

BSN naik taraf sistem, pelanggan kecoh dakwa ‘wang lesap’


PETALING JAYA, 5 Sept — Kekecohan tercetus pagi ini apabila ramai pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) mendakwa simpanan mereka “lesap”.

Kehilangan wang disedari selepas bank itu memaklumkan akan menaik taraf khidmat mereka bermula 31 Ogos hingga 4 Sept lalu, lapor mStar Online.

Sambil berkongsi paparan skrin rungutan orang ramai, pemilik akaun Facebook Zack Zai mencadangkan pemegang akaun BSN membuat semakan baki.


Loading...

Beberapa individu mendakwa duit mereka hilang sehingga mencecah ribuan ringgit, antaranya seorang individu yang membuka akaun pada 2012.

“Sebelum naik taraf, ada baki lagi RM1,000 dalam akaun. Tambah lagi gaji kelmarin RM3,000 lebih.

“Mana pergi dah? Baki RM0.00? Rakan-rakan semua dah masuk gaji sejak 31 Ogos lagi,” coret individu itu pada ruang komen. 

Dalam ruangan itu juga, pelanggan dikenali Aman Hashim Jr mendakwa turut kehilangan RM165, sementara Kelly NM pula hilang RM890. 

Dalam kenyataannya sebentar tadi, BSN mengakui ia menyedari masalah itu.

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sistem akan memaparkan baki sebenar akaun pelanggan, dalam tempoh terdekat ini,” kata bank itu.

Selain memohon maaf, BSN juga menegaskan tiada pemotongan atau pengurangan dibuat terhadap akaun pelanggannya.

No comments


Loading...