Header Ads

"Bayangkan dunia tanpa kondom...," gurauan Tun Mahathir gamatkan dewan


Perkembangan penduduk di dunia tidak dapat dielakkan tanpa getah Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa ke-9.

Perdana Menteri berkata, industri produk getah yang berkembang pesat menyumbang banyak, bukan hanya kepada ekonomi negara bahkan juga kepada manusia.

"Memang 'sarung tangan' getah adalah penting untuk menghalang terlalu banyak kelahiran," katanya yang mengundang ketawa hadirin.

Loading...


"Bayangkan dunia tanpa kondom. Jika dunia mempunyai penduduk lebih dari tujuh bilion sekarang, ia (tanpa kondom) boleh menjadi 10 bilion kerana tidak ada cara untuk mencegah konsepsi itu.

"Jadi, getah telah melakukan tugas yang amat baik kepada untuk manusia sejagat," katanya sambil menarik ketawa dan tepukan dari penonton.

Majlis yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa merupakan anjuran Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia.

Tahun lalu, sarung tangan getah menyumbangkan 73.2 peratus daripada semua eksport barangan getah untuk Malaysia.



Dr Mahathir berkata, penghargaan seharusnya diberikan pembangunan dan penyelidikan, dengan industri getah terus membangunkan produk-produk baharu, dari tayar getah hingga sarung tangan pembedahan, kepada peredam gempa bumi untuk bangunan.

"Bukan getah itu sendiri yang penting, tetapi penggunaannya," katanya.

Dr Mahathir berkata, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk tumbuhan lain yang boleh ditemui di Malaysia atau boleh ditanam di negara ini supaya produk-produk baharu dapat dihasilkan. - mStar Online

No comments


Loading...