Anwar, Saiful ‘bertembung’ di pusat penamaan calon

0
34
Mohd Saiful Bukhari Azlan (kanan) dilihat bersalaman dengan Datuk
Seri Anwar Ibrahim di pusat penamaan calon di Dewan Perbandaran Port Dickson,
29 September 2018. – Foto Kosmo!

PORT DICKSON – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat bersalaman dengan bekas pembantu peribadi beliau,
Mohd. Saiful Bukhari Azlan di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK)
bagi kerusi Parlimen P.132 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Anwar Ibrahim dicabar enam calon, termasuk bekas menteri besar dan bekas pembantunya, dalam pilihan raya kecil kerusi Port Dickson.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Mereka antara lapan calon yang dilihat menghantar borang
penamaan calon pagi ini di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi bertanding
dalam PRK Parlimen Port Dickson.
Turut kelihatan ialah calon
Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri
Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Tan Sri Isa Samad merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan, dan
Mohd Saiful Bukhari Azlan antara lima calon Bebas setelah Barisan Nasional
enggan meletakkan calonnya.

Susulan itu, PAS yang dilihat mula berbaik-baik dengan Umno dalam
beberapa pilihan raya kecil sejak Julai lalu mengambil keputusan untuk meletakkan Mohd Nazari Mokhtar
sebagai calonnya.
Menurut senarai dalam laporan Bernama, calon-calon Bebas
yang lain bagi pilihan raya 9 Oktober ini seperti berikut: Lau Seck Yan, Stevie
Chan Kee Leong dan Kee Chee Yuen. – Malaysian Update


PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami, RM1 pun diterima. Sokong berita kami, Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here