Header Ads

Anak Najib tidak dapat bayangkan kesusahan bapanya bermalam di lokap SPRM


SHAH ALAM - Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berdoa agar bapanya diberi layanan yang adil.

Menerusi perkongsian dalam Instagram peribadinya, Mohd Ashman Najib berkata, dia tidak dapat membayangkan kesusahan bapanya yang ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

"Saya duduk di luar tempat penahanan anda (Najib), dengan penuh kebimbangan. Saya tidak dapat membayangkan apa kesusahan yang daddy hadapi di sana.

"(Cuma) berdoa daddy diberi layanan yang adil dan undang-undang Malaysia ditegakkan. Tidak sabar untuk membawa daddy ke tempat yong tau foo kegemaran bila dilepaskan," katanya hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Najib sekali lagi terpaksa bermalam di lokap SPRM di Putrajaya bagi menghadapi pendakwaan terbaru terhadapnya esok.

Beliau sebelum itu ditahan jam 4.13 petang selepas sejam hadir di ibu pejabat SPRM hari
Pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan kemasukan dana RM 2.6 bilion dijangka dikemukakan terhadap Najib petang esok.

No comments


Loading...