Header Ads

Wakil rakyat Umno di Sabah umum keluar parti


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau hari ini mengisytihar keluar Umno untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

Menjadi wakil rakyat DUN itu sejak 2008, Datuk Saddi Abdul Rahman kini mahu menjadi penimbang tara dalam suasana politik masa kini, lapor Berita Harian. 


Loading...

“Saya menyokong mana-mana parti politik berasaskan parti tempatan yang memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta tuntutan royalti minyak dan gas yang adil kepada Sabah untuk kesejahteraan rakyat yang sebelum ini terlepas pandang dan diselindungkan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Pada pilihan raya umum 9 Mei, Saddi bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menang dengan majoriti 1,628 undi, mengalahkan tiga calon lain.

Pengisytiharan Saddi menjadikan wakil rakyat BN yang diwakili Umno dalam DUN Sabah berbaki 10 orang.

Ada 21 wakil rakyat pembangkang dalam DUN Sabah termasuk enam daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), dua Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan tiga Bebas.

Tiga wakil rakyat Bebas itu asalnya ahli Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Umno. 

No comments


Loading...