Header Ads

Tidak wajar label NGO belia 'macai politik' - Khairy


KLANG: Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan melabel badan bukan kerajaan (NGO) belia sebagai ‘macai politik' adalah tidak wajar.

Beliau berkata kenyataan seumpama itu seharusnya tidak dikeluarkan daripada seorang menteri yang diamanahkan menjaga kebajikan golongan belia di negara ini.

Loading...

"Saya rasa perkataan itu tidak wajar digunakan...saya tahu beliau mahu NGO belia berkecuali dan bersikap neutral.

"Namun bagi saya tidak perlulah menggelarkan NGO belia ini sebagai macai semata-mata hanya kerana mereka ini ada pendirian politik sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Naga sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Khamis malam.


Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melabelkan beberapa NGO belia sebagai ‘macai politik' ketika perbahasan di Parlimen pada Khamis.- Bernama

No comments


Loading...