Header Ads

Tak salah nak bermadu, tapi.... : Erma Fatima


Penerbit dan pengarah, Erma Fatima berpendapat tidak ada salahnya untuk seseorang itu berpoligami atau bermadu, namun perhubungan itu haruslah mempunyai tolak ansur yang tinggi.

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan adiknya, Datin Seri Umie Aida yang membenarkan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lagi, Erma berkata, dia tidak menyokong atau mengalakkan Umie melalui kehidupan berpoligami.

Loading...

"Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Hidup bermadu ini cakap senang, buat pun senang tapi nak melaluinya sukar. Ini bukan it takes two to tango tapi three to tango.

"Kalau salah seorang tak boleh terima, tak tahu erti syukur, reda, lupakanlah untuk bermadu.

"Tapi kalau nak bermadu, kenalah sama-sama bertolak ansur. Jika seorang sahaja yang bertolak ansur memang jahanam perkahwinan itu," katanya ketika ditemui di sidang akhbar Peniagawati sempena minggu pertunjukan fesyen couture New York 2018, di sini, sebentar tadi.

Sabtu lalu, Umie menerusi posting di Instagram memberitahu dia sedia membenarkan suaminya untuk berkahwin lain dan tidak mahu timbul masalah lain di kemudian hari.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian, bintang utama Dukun ini menegaskan perkahwinannya tidak mengalami sebarang masalah.

Dalam pada itu, tambah Erma, bagi mana-mana wanita yang memilih untuk berkahwin dengan suami orang, mereka haruslah lebih bersikap tolak ansur dan tidak lupa diri.

"Kalau dah memang tak ada lelaki bujang untuk dinikahi, tak ada masalah untuk bermadu, tapi wanita yang setuju untuk jadi isteri kedua atau seterusnya ini tak bolehlah berkelakuan seperti beruk dapat bunga.

"Sedar diri tu ambil suami orang dan bukan buat macam hak anda seorang. Secara tidak langsung dah abaikan hak dan perasaan isteri pertama.

"Contohilah Zarina Zainudin, macam mana dia membawa diri daripada tak diterima isteri pertama sehingga dia diterima baik," akhirinya.


Erma dan bekas suaminya, sutradara terkenal, Badaruddin Azmi atau Bade, bercerai pada 17 Ogos tahun lalu, selepas 27 tahun berkahwin.

Erma dan Bade, 54, yang berkahwin pada 30 November 1991, mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 16, dan Nurain, 12.

No comments


Loading...