Header Ads

Seri Setia: Umno beri Pas laluan


KLANG - Umno memberi laluan kepada Pas meletakkan calon di kerusi Dun Seri Setia pada PRK kawasan itu nanti.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu dibuat sebagai membalas budi Pas di PRK Dun Sungai Kandis.

Loading...

Menurutnya jentera Umno akan turun padang bagi membantu Pas berkempen di kerusi itu secara habis-habisan.

“Saya nak buat pengumuman di sini, dalam PRK Seri Setia ini BN ataupun Umno khususnya memberi laluan kepada Pas untuk bertanding.

Ini sebagai tanda kita menghormati dan menghargai bagaimana pengorbanan yang telah dibuat oleh Pas memberi laluan kepada kita di PRK Sungai Kandis ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Umno Bahagian Kota Raja, hari ini.

Menurutnya, laluan itu merupakan titik permulaan persefahaman kedua-dua parti gergasi itu.

“Jadi kita akan ‘all out’. BN dan Umno akan ‘all out’ walaupun calon yang akan diturunkan nanti bukan calon Umno atau BN.

“Ini merupakan titik permulaan persefahaman Pas dengan Umno dan saya harap rakyat dapat membaca titik persamaan ini untuk dijadikan sebagai satu politik baharu dalam Malaysia baharu,” katanya.

Tegas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, beliau sendiri akan turun padang membantu calon Pas berkempen.

“Umno-BN akan bantu, saya akan bantu. Saya akan turun di Seri Setia membantu calon Pas yang bertanding di kerusi Seri Setia. Rakan-rakan lain, semua ketua Umno Bahagian dalam negeri Selangor dan juga negeri lain.

“Insya-ALLAH seperti mana yang telah dilakukan oleh pihak Pas di Sungai Kandis ini Kita harap Pas akan dapat memilih seorang calon yang boleh dijadikan ikon untuk kita membawa pula suara rakyat bagi Seri Setia ke dalam Dun Selangor,” katanya.


Menurut beliau juga perkara ini sudah dipersetujui Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerusi Dun Seri Setia kosong selepas penyandangnya Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia petang semalam akibat kanser usus dan hati.

Dalam pada itu, beliau mewakili Umno menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham atas pemergian itu.

No comments


Loading...