Header Ads

Sejauh mana BN setuju dasar dibawa Pas?


SHAH ALAM - Tiada perubahan yang drastik berlaku sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Penganalisis Politik, Dr Syed Agil Al Sagoff berkata, beliau tidak fikir perubahan akan berlaku kerana Pas sendiri boleh berdikari dan mengusai dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Loading...

Menurutnya, apa yang dilihat adalah sejauh mana BN akan bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh Pas.

"Sehingga hari ini kita dapati tidak ada satu persetujuan rasmi antara kedua-dua parti tersebut, saya membayangkan bahawa akhirnya nanti negara membawa kepada sistem kepada dua parti iaitu BN dan PH.

"Jadi adakah Pas akan menyertai BN dan apakah signifikasinya apabila Pas menyertai BN," katanya ketika sesi Sinar Live semalam.

Syed Agil berkata, adakah apabila BN tidak memerintah baharulah mereka berfikir untuk menyertai BN bagi mengukuhkan parti tersebut dan sebagainya.

Katanya, buat masa ini terlalu awal jika hendak menilai sama ada memberi keuntungan atau tidak dari segi penggabungan tersebut.

"Kita akan lihat lagi pada PRK Dun Seri Setia. Bagaimana pengaruh kedua-dua parti berkenaan apabila berlaku penggabungan.


"Saya nampak juga pemimpin kedua-dua parti BN dan Pas tidak menggambarkan bahawa mereka bersepadu tenaga untuk menyertai satu parti," katanya.

Beliau berkata, wujudnya pengundi baru dalam PRK kali ini dan  PRU lalu apabila menunjukkan mereka telah membina satu gelombang yang dipanggil gelombang rakyat dan kita semua berpandukan pada gelombang tersebut.

No comments


Loading...