Header Ads

Saya tak masuk campur urusan PKR, kata Dr M


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal sekeras-kerasnya sebaran audio yang mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ‘barua’ yang berkompolot dengannya dalam usaha menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir menyatakan beliau tidak pernah sesekali bercakap buruk mengenai Anwar,  Mohamed Azmin mahupun sesiapa.

Beliau yang juga Pengerusi PH menegaskan bahawa tidak pernah pun mencampuri urusan dalaman PKR seperti dituduh.


Loading...

“Berkenaan audio itu saya tak tahu, saya tak dengar. Tapi Anwar tak pernah kata pun begitu (Azmin barua Mahathir) kepada saya.

“Apa yang saya dah buat? Ada pernah dengar saya cakap buruk tentang Anwar? Azmin atau sesiapa?

“Saya tak masuk campur langsung urusan parti mereka (PKR),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung, di sini.

Memetik laporan Sinar Harian, Dr Mahathir turut mempertahankan pelantikannya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad dan Mohamed Azmin sebagai ahli lembaga pengarah.

"Kami cuba tukar Khazanah untuk tumpu kepada isu tertentu yang kebanyakannya saya tahu dan saya terlibat. Malah, saya adalah orang yang memulakan Khazanah.

"Kami akan cuba meletakkan Khazanah pada landasan yang betul. Apa salahnya saya jadi Pengerusi?

"Bukannya saya nak jadi CEO atau dibayar gaji RM7 bilion," katanya.

Sementara itu, Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi  ketika ditanya mengenai rakaman audio yang tular hari ini, menyatakan beliau tidak tahu dan belum mendengarnya.

“Saya belum dengar, belum tengok, saya tak tahu,” responsnya ringkas.

Hari ini tersebar tiga rakaman suara mirip, Anwar yang tidak dikatakan tidak puas hati dengan Mohamed Azmin dan Dr Mahathir.

No comments


Loading...