Header Ads

Rusa 100 kilogram mati dirempuh motor

Seekor rusa jantan disahkan mati pada kerana mengalami pendarahan banyak, 3 Ogos 2018.

Seekor rusa jantan spesies Sambar dengan anggaran berat 100 kilogram mati selepas dilanggar penunggang motosikal di Jalan Tengah Nipah di sini, kelmarin.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sylvester Saimin berkata akibat kejadian itu haiwan tersebut disahkan mati pada pukul 10 malam kerana mengalami pendarahan banyak serta patah kaki kiri.


Loading...

“Ini merupakan kes kedua melibatkan rusa pada tahun ini selepas bulan April lepas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, populasi haiwan itu masih banyak terdapat di kawasan hutan sekitar Lahad Datu.

“Namun haiwan ini mungkin diternak dan terlepas dari kandang,” katanya.

Sementara itu, Unit Operasi dan Perhubungan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Lahad Datu (PDPALD), Prebet (Perhubungan Awam) Badrul Baba berkata pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian langgar rusa pada pukul 7.45 malam.

“Anggota kita memberi bantuan pada haiwan tersebut sebelum ia diserahkan kepada pihak JHL Lahad Datu dalam usaha menyelamatkan rusa itu,” katanya. — Bernama

No comments


Loading...
loading...